icon_halaman_utama
icon_profil_pemimpin2
icon_pemimpin_pulai
icon_buku_pelawat
ICON_ADUAN_RAKYAT

Powered by JoomlaGadgets

Login Form
Statistic Pengunjung
Total Members : 19
Latest Member : anakencik
Members Online : 0
Today : 0 Registers
This Week : 1 Registers
This Month : 1 Registers

PKWR-PO

BERITA HARIAN (Johor) - 10 tahun parit tidak diselenggara

 

mainpix1

PENDUDUK menunjukkan tebing tanah yang runtuh di Jalan
Permatang 5, Kampung Kempas Permatang. Gambar bawah
menunjukkan sistem perparitan tidak sempurna.
Laluan air tak sempurna punca beberapa rumah retak

KEMPAS: Dua Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sudah melawat tetapi masalah parit yang tidak diselenggarakan, masih lagi gagal diselesaikan MBJB di Jalan Permatang 5, di sini, hingga menimbulkan kegelisahan di kalangan penduduk setempat.

Lebih mengecewakan penduduk, masalah berkenaan sudah berlanjutan hampir 10 tahun, dan kini sebahagian parit sepanjang lebih satu kilometer (km) jelas mengancam keselamatan enam rumah yang retak akibat ketiadaan laluan air terutama sekali ketika musim hujan.
 

mainpix2Ketua Kampung Kempas Permatang, Mohamad Muasa, 58, berkata pelbagai usaha sudah dilakukan penduduk dan pelbagai pegawai tertinggi MBJB sudah datang melawat tetapi masalah parit di jalan berkenaan terus tidak dapat diatasi.

"Saya sendiri hairan mengapa susah benar MBJB hendak memperbaiki parit di kawasan ini, sedangkan jelas ia sudah mengancam keselamatan penduduk setempat selain mengakibatkan kerosakan pada jalan masuk kerana tiada laluan air akibat parit yang tidak diselenggarakan," katanya kepada Berita Harian di sini.

Tinjauan ke kawasan berkenaan mendapati bahawa aduan dan dakwaan penduduk berhubung masalah parit terbabit sememangnya berasas kerana akibat tiada penyelenggaraan terdapat sebahagian parit sepanjang kira-kira 150 meter seakan tergantung.

Ia disebabkan tanah di tepi parit terbabit runtuh sekali gus menyebabkan enam rumah retak dan jika keadaan itu tidak diselenggara dengan segera, ia jelas mengundang tragedi tanah runtuh sekali gus mengancam keselamatan dan nyawa penduduk.

Seorang lagi penduduk, Jamil Din, 57, berkata masyarakat di Jalan Permatang 5, sememangnya hairan dengan sikap lepas tangan MBJB, yang terus gagal menangani masalah parit berkenaan sedangkan, sebagai sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi terbabit harus peka dengan permasalahan itu.

Katanya, penduduk tidak menyalahkan Ahli Parlimen atau Ahli Majlis MBJB kerana mereka sudah melakukan tugas dengan membawa pegawai serta Datuk Bandar melawat kawasan berkenaan, tetapi tindakan terus tidak diambil.

Kali Terakhir dikemaskini (TUESDAY, 02 FEBRUARY 2010 07:17)

 

Terkini di Galeri Gambar
Kalendar Pulai
September 2010
S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 1 2
Program Terkini
No events
icon_galerigambar
icon_direktori_perniagaan
icon_laman_kerjaya

View My Stats